dream chaser

tika asyik merenung bintang di langit jgn lupa pada rumput yang kita pijak. kerana ia sentiasa mengharap untuk dihargai...

Wednesday, January 24, 2007

lonely...i mr lonely....

Rasanya dah 2 minggu dah sem baru bukak… dan selama ini jugakla aku rasa sumthing is missing in my daily routine as a student. May be some ppl could expect what is it but some may look it as nothing…


For those who dunno…. The missing thing is my beloved frens… they already move to Kuantan. To further their studies there…

It is kind of hard to change your routine,which u already get used with that. Ya… some ppl may said that just go through it, no choice.

But for me the emptiness is really appeared. I try to get busy with my study,society being exco for Enginius,head com for Angklung… yah it shows me a lil bit different in changing my routine, but does it really suit with me? Still wondering if it does…


What I really miss about my friend “ARE”….. so many things, than it is better than I use “IS”… the “odah” thing. Dunno why it really not happen between me,syuk,zahid and a new comer epul. Guys, it’s really not complete!!! Hate to say this --- BOSAN!!!


Once,I used to say to others that it will be okay for me if my beloved frens are moving to Kuantan… but for now may be I not get used with that yet… they always be by my side when I need them. Safwan, Awi’s room -- used to be my port of squatting… really miss safwan’s comforter,pillow n Awi’s pillow oso(sumtime borrow from awi). Zaki n zubir for the very exciting n long lasting help in anything. N the most I miss is my beloved one J Hamzah… used to give me his shoulder to cry on. A comfort and warm hug’s provider whenever I had a problem… j is also my breakfast mate(if I so lazy to go to safwan’s and awi’s room).


PASAR MALAM MATES….for this semester I never been to pasar malam yet… know why… huh my class finish at 6.20pm, then need to rush to the parenting class at 8.00pm… so no more excitement to go to pasar malam since you guys are not around… hows Kuantan is there any pasar malam that is reachable by you all…hahaha… just joking…


Huh…Farid it is your time to have they as your fren. Do make use with them to make your life as student memorable compared then before…


(‘?’)--Wondering how Farid could survive alone before at Kuantan….huh…. unimaginable….


Ok guys really miss u…. do miss me also…. From me in gombak with luv --- MUAHX….

sedihnya....

Salam…. Lama rasanya x tulis kat blog ni….
Hari ni jumaat 120806,merupakan hari yang amat2 sedih bagi aku….
Since hari jumaat aku pun pegi la sembahyang jumaat…
Pas tu bila dah habis nak gi makan la coz pas tu ingat nak gi library stadi ngan rahim n izah coz nak wat mcm bincang2 la…. Malam ni ada mid term engine material….
Dah tu aku pun turunla kat tmpt kasut aku letak bag aku skali kat tmpt kasut tu…
Pas tu aku nagn terkejutnya tgk bag aku dah kena curi….
Kasut aku alhamdulillah x diangkut skali…. Sedihnya….. sgt2 sdh… pas tau jer aku pun gelabah la cari ngan zahid x jumpa gak kau naik atas ingat nak cari pas tu aku jumpa j hamzah aku pun ckp kat dia….
Coz bag tu aku br beli x sampai seminggu ngan awi.syuk n jay kat converse mid valley…
Aku nangis coz x thn sgt…. Aku x kisah pasal bag tu yang penting bebenda dalam tu.
Dalam tu ada baju workshop aku yang aku sayang sgt… baju tu la memori aku wat workshop masa sem 1. penat peluh semua ngan baju tu. Aku masuk IVEC pun pakai baju tu aku menang IVEC pun pakai baju tu….mana aku nak gantikan memori tu ngan baju lain…..Pas tu ada fail yang aku beli masa kat matrik first sem lai… sedih sgt…. Dalam bag tu pun ada aku punya notes ngan lab manual… malam ni aku nak exam then notes aku hilang apa korang rasa kalo korang kat tempat aku…..
Sedihnya notes tu aku baru ingat nak stadi pas semayang jumaat…. Dah la aku pinjam org punya notes kak naimah ngan syuk punya pas tu ilang, lagi la aku nak nangis sgt2….
Sekarang baru aku tau begitu beertinya note. Note tu aku paham betul2 dalam kelas aku salin semua tapi dah ilang …… aku nak note aku balik…… aku nak note aku…….
Dalam tu ada detail pasal program aku yang akan aku wat masa 270806 ni…. Semua senarai nama, progress report, surat rasmi….semua kat dalam tu…. Tensionnya.,… aku sedih sgt…..
Yang paling aku terkilan sapu tgn yang mak aku kasi pun ada dalam bag tu…. Aku sayang semua sapu tgn aku coz mak aku yang kasi, pas tu dah ilang…. Aku nangis masa tulis ni, sedih sgt coz aku sayang sgt semua benda dalam tu…..
Alat tulis aku pun ilang…. Earphone pun kunci bilik aku lai…..
Aku benci PENCURI !!!!!!!!!.
Nasib baik ada j.hamzah,faizal,syuk,zahid,safwan n zul.korang memang best…..
Thaks bagi support and tolong aku……
For jay thanks 4 lend me your shoulder…… I really appreciate it….
Zahid yang bagi support n tolong fotostatkan note engine mat tuk aku baca…..
Syuk n safwan + faizal + zul yang tolong carikan bag tu tuk aku……
Aku serius tgh nangis waktu tulis blog ni…. Aku terharu n sedih sgt….
Tapi aku percaya pada ALLAH yang akan balas apa yang terjadi kat kita…..
Semuanya ada hikmah…..
Neway to all my fren korang memang baik aku SAYANG korang sgt2……
Thanks wei……
Doakan aku bleh jawab malam ni……

KENANGAN BERPUASA….

Salam…. Lama rasanya x post paper kat blog ni… akhirnya Ramadhan karim menjelma lagi… kedatangan mu dialu-alukan kehadiran mu kami idamkan pemergian mu kami tangisi….
Banyak sebenarnya pengalaman berpuasa yang dialami oleh smua orang… x kira la kecik ker besar ker muda ker tua ker yang pasti memori tu takkan luput dari ingatan setiap insan….
Masa mula2 masuk UIA dulu kiranya kat matric la.aku duduk sebilik ngan dak2 Engin kat ABC 220… bilik yang havoc n penuh ngan macam2 perangai yang suntime aku pun x jangka yang I used to be one part of them. What an amazing reality… huh….
Bilik aku consist of “ABU-ACAP-AFIQ-QAYYUM-FATHI-FUAD-KHAIR-SALEM-RAJA-GHUFRAN-POYO”
Mula2 puasa macam biasa la time sahur yang paling kelakar la… I was the hardest person yang nak bangun tuk makan sahur la…. Dah tu dorang ni kan rajin or senang nak bangun sahur tapi dorang ni sanngup x tido n having some fun activities to wait until the sahur time such main game, study(sum I think..hahaha…),chatting with each other, n many more la…
But yang aku rasa macam terharu sgt ada sehari tu aku malas nak bangun but still ask them to kejut me la… dah dampai waktu dalam lebih kurang kul 500 kot dorang kejut aku reramai pas tu suruh aku bangun but still in my dream and malas nak layan dorang until 1 moment I still remember yang Afiq kejut aku pas tu dia bawak secawan air kata kat aku…
“wei nip(nama panggilan…hahaha…afiq’s idea) bangun la…ko bangun minum air ni pun x pe la pas tu ko tido balik”
Hahaha…. I still remember la dat moment and aku pun bangun gak makan roti kot ngan air kosong….
Wei guys korang memang great la…. U all are da best…
Time kat UKC 2 plak aku sebilik ngan my clique yang I think da best ever in this world…
Consist of “SAFWAN-MAWI-FARID-ZAKI-ZAHID-RAZLAN-BAD”
This guys are different from my ex-rummate kat ABC in terms of kegilaan la. But they are da best oso…. Kami makan sahur sesama buka sesama beli makanan sesame makan aiskrim sesame turun kiosk sesame sembang ngan akak kiosk sesame…. Kalo sorang x da lai tunggu jgn makan lai, kalo ada yang lewat tunggu… the spirit of united is there… feel being appreciated by friends is GREAT…
Allah thanks for bestow me with this bunch of friends. I do regret to do any mistakes towards them…
Guys you are the best in my life….k la kepada semua selamat berpauasa semoga ramadhan kali ni memberi erti dan mambawa 1001 makna dalam hidup korang…
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN KAREEM

Thursday, July 27, 2006

kartun.....


kat atas ni kartun yg menarik tuk kita baca.... kisah bagaimana n mengapa yang kota sendiri kadangkala x tau....
kalo mcm x leh baca bagi e-mail nanti saya pas kan....
ok enjoy....
=)

Sunday, July 16, 2006

keluhan....

salam....
huh... penat yang teramat lah sangat....
every weekend in this month i'll not be in gombak coz my matric pj need me....(sound i such an important person rite...)
the Global Player Development Program makes me exhausted in every weekend... huh... but it is ok coz in every program i learn a new thing n know other ppl around me....
many probs had come to my life.... what such a huge burden need to be carried....
but thanks to Allah coz He gives me a great spirit to positive back my mind....
argh...
i had a prob in myself... the word INFERIORITY COMPLEX(is it sound rite??)
i always think dat others is better than me n i the most loser person in da world....
always take a long time to know n mingle wif others...
feel shy n uncomplete system of human nature....
huh..... once again (supposely every time) thanks to Allah coz give a chance for me to meet sum1 who always support me from the back.... thanks to her also.... she is so nice...luv her so much....
who's HER?....=)
ppl never know if i involve in matter of prob..... just sum ppl will know....
y?
coz i will never show the ugly problematic face to others.... what for?
we live to cheer other n enjoy every moment in ourlife... plz do appreciate it.
until then i'll write again soon....

if there are many mistakes in grammar or anythins feel free to correct me k....
ur cooperation highly appriciated....

thanks n wassalam....
=)

Monday, July 10, 2006

hatiku tersentuh....

lama rasanya x update blog.... ni ada cerita yang aku dapat dari blog ukhwah.com so baca la wat teladan.....

"Kewajipan yang kamu ada adalah lebih banyak dari waktu yang kamu ada", itulah antara kata-kata Assyahid Imam Hassan AlBanna. Malah terdapat ungkapan yang menyebut, "rehat seorang daie adalah tanda kelalaiannya".

Entah mengapa beberapa hari ini ana terasa diri ana begitu lalai. Ana merindui hari-hari yang pernah ana lalui sebelum ini. Namun kini, hari-hari yang penuh pengisian tersebut seakan-akan semakin menjauh dari diri ana. Ana menginginkan tarbiyah yang pernah ana kecapi dahulu. Ana bagaikan kosong bila tidak disuntik dengan tarbiah.Cukuplah untuk ana katakan, ana terasa lemah dan lagha bila hari-hari yang ana lalui kini tidak diingatkan dengan kalimah-kalimah yang bisa menggetarkan hati ana. Ana merindui sahabat-sahabat ana. Ana rindukan hot sit atau muhasabah. Ana rindukan semua itu. Ana rindukan teguran dan nasihat.Dulu ana pernah menginginkan kerehatan bila ana sibuk bekerja. Dan kini bila ana dinugerahkan kerehatan oleh Allah, ana menginginkan kerja-kerja ana dahulu. Sememangnya manusia jarang mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah.

Namun tadi, ana merasakan teguran Allah di atas kelalaian ana. Hati ana terpanggil untuk membaca buku ‘Rakyat Palestin Bersuara’ . Halaman luar buku tersebut sedikit sebanyak mencoretkan kesusahan rakyat Palestin. Bait yang ditulis di halaman luar buku tersebut begitu menggetarkan hati. “Kuwarnai salji hitam, kerana kami takut pada hari-hari menjelang”.Buku tersebut tidak pernah ana khatamkan. Setiap kali ana ambil buku tersebut, pasti air mata ana akan mengalir. Dahsyat sekali penderitaan yang terpaksa mereka lalui. Ana rasa trauma bila membaca buku tersebut. Buku tersebut ana beli di Badan Bookstore. Agak tersembunyi kedudukan buku tersebut berbanding buku-buku yang lain. Allah gerakkan ana untuk membaca kisah Kifah Afifi.

Ana ingatkan dia seorang lelaki pada mulanya kerana penyertaannya dalam latihan menggunakan senjata. Namun kemudiannya barulah ana sedar dia seorang wanita.Dia ditangkap oleh askar Israel. Beliau bukan dikurung di dalam penjara, tetapi di dalam sangkar, yang mana dia perlu merangkak untuk masuk. Askar Israel kemudiannya menuangkan petrol ke seluruh badannya, dan mula menembak di celah kangkangnya. Tidak dapat ana bayangkan. Cukuplah untuk ana katakan, kengerian mula bersandang di benak kepala ana. Percikan api daripada peluru memang mudah menyalakan petrol dan dia mungkin terbakar.Betapa sialnya askar Israel mempermainkan nyawa rakyat Palestin. Dia kemudiannya disiksa dengan elektrik. LIDAH, kaki dan tangannya diikat.

Keturunan bab* itu kemudiannya menyembur beliau dengan air, dan kemudian melalukan elektrik menerusi telinga, tangan dan dadanya.Beliau disebat sepanjang masa dan keadaannya amat teruk apabila luka pada buah pinggangnya terbuka kesan serpihan bom yang mengenainya sewaktu perang kem. Bukan itu sahaja, hiijabnya ditarik, pakaiannya dibogelkan dan dia terpaksa melalui segala macam penderitaan lainnya. Dia juga didudukkan di atas api.Askar Israel tersebut juga mebawa masuk seorang gadis yang dijangkiti ekzema untuk ditempatkan bersama beliau. Kifah kemudiannya turut dijangkiti penyakit radang kulit tersebut sehingga kukunya tercabut dari kulit.

Ana begitu trauma untuk membaca buku ini.Beribu persoalan menerpa benak ana. Apa yang ana lakukan untuk membantu saudara-saudara ana di sana? Mampu ke ana menatap wajah mereka? Apa yang perlu ana jawab di hadapan Allah, andai mereka bertanyakan perihal saudara-saudara seislam mereka yang menatap bisu memerhatikan kekejaman yang berlaku ke atas mereka?Kadangkala, terdetik rasa malas di dalam hati ana untuk menulis. Namun kisah Kifah membuka mata ana.Beliau menggulung keju untuk dijadikan pensel dan kotak keju untuk menjadi kertas. Apa pula yang ana lakukan? Dengan segala macam kelengkapan di sini, pernah ke ana memberitahu dunia, apa yang berlaku ke atas mereka?

Cukuplah untuk ana katakan, ana tak dapat nak bayangkan walau sesaat pun, andai apa yang terjadi ke atas Kifah terjadi kat ana. Dituang petrol, ditembak di celah kangkang, dibogelkan, dilalukan arus elektrik, disebat, kuku tercabut dari kulit. Mampu ke ana lalui semua itu? TIDAK!!!!Apa yang ana dah lakukan untuk membantu mereka? Kekejaman berleluasa. Namun apa yang telah ana lakukan?Semua ni benar-benar menyiksa hati ana.Kisah yang ana paparkan tu hanya sebahagian dari kisah-kisah yang ada dalam buku ini. Mungkin 2% dari keseluruhan buku ini. Bagaimana dengan kisah-kisah lain?Kerdilnya ana. Ana yang sempurna fizikal tak dapat membantu mereka.Malunya ana dengan mereka.

Allahummansurna almujahidin fi kullizzaman wa fi kulli makan…

Thursday, June 01, 2006

tambahan gambar orang kawin....

Ni adalah tambahan gambar org kawin di rumah zaki.... so tengok la yer....

bergembira lai....

try to fit everyone tapi x dapat....lalalala...



Close up gambar abang zaki n ira....nice couple...

gambar rumah zaki ketika kami sedang menuju ke situ....lapar seh....

bapa zaki menepung tawar....makin kurus yek....

nak amik gambar pelamin jer..... ada kekupu tu....

gambar pelamin yang ada pengantin + pengapit(baju x sama warna la...)




kisah kenduri kawin....

Ahaha.... aku dah lambat nak post new story pasal abang zaki yang kawin hari tu...
al kisahnya kami (aku,zahid,sukri,farid n zubir) telah pergi untuk makan sambil meraikan abang zaki yang kawin tu...
kami pun pergi la...
malas nak citer tengok gambar je la k....


kereta abang aku yang digunakan untuk ke rumah zaki...

aku berposing ngan hadiah tuk abang zaki...
kami tengah menunggu zaki tuk jemput kami masuk...

pengambilan yang diseleweng oleh sukri....(perasan come...)
kengkawan yang berposing seronok di tengah panas...

Wednesday, May 17, 2006

iflah camp!!!!

hari jumaat yang lepas aku n kengkawan aku(aziz,syuk n farid) telah diajak oleh jay hamzah tuk join iflah camp yang dianjurkan oleh SLEU. oleh itu kami dengan gembiranya telah join iflah camp ini yang berlangsung di Kalumpang. resort yang kitarang pegi tu amat menarik sekali... tempat yang amat lah cantiknya....

malas nak citer banyak tengok la gambar kat bawah ni ok....


ni khemah yang aku tido ngan farid..

khemah aziz ngan syuk...(aziz wat tu yer???)



baju2 aku yang tengah bersepah...(ni dah nak balik ni...)


kami berkhemah di tepi sungai ini...(subhanallah cantik kan)

yunus tengah pening kot....

ni adalah gambar peserta lain kat iflah camp tu... ini gambar yang sempat aku snap la...gambar foreigner...baju putih tu namanya yunus(refer kat atas)...from vietnam tapi lahir kat china... dan untuk pengetahuan anda...kem inin disertai hampir majoritinya foreigner... cuma 7 orang peserta lelaki tempatan terasa macam kat oversea gak la...


sesi bersama bro. Salim...(jay yang amik gambar ni...)


sejenis lipas (kot la) yang kitarang jumpa sekitar kem...


gambar penuh semua yang terlibat ngan iflah camp..

thanks to zura coz gambar diatas adalah dari hp dia yang mahal serta power wei... first time aku pegang apa yer???? N90 la...

antara gambar kami kuasa berempat... ops... aziz ahli baru yer??...=)

dalam bas nak balik....pompuan ni la zura (new fren yang sporting) credit to aziz to coz certain gambar dari hp dia yang power gak...(terpaksa)

nanti2 aku post lai k...banyak gambar ada kat safwan la...

ok c u next time....

salam...

pendukung bayi bervisi...

Tuesday, May 02, 2006

apa ada pada nama? aku ada sumthing...

Salam… pembuka kata pemanis bicara dari aku wat kalian yang sudi nak jengok blog aku nih….
Terima kasih la pada yang sudi tuk jengok blog aku walaupun aku x lah seaktif orang lain especially zaki yang everytime mengupdate blog dia. Rajin benar pun si zaki ni..
Ok la hari ni aku nak kongsi satu cerita ngan korang semua pasal nama aku…
Nampak macam simple jerk an benda yang nak aku cerita kan ni, tapi benda nil ah yang mewarnai hidup aku selama 21 tahun ni. Seronok la bukan nya selalu orang dapat nama pelik2 dan aku dah pun didaftarkan dengan nama yang pelik ini… hahaha…. Lets begin the story….

Nama penuh aku adalah Fiza Hanif Bin Zainon. Huh… first time dengar orang ingat pompuan tapi aku adalah seorang lelaki. Nama adik beradik aku semuanya mula ngan FIZA. Kakak aku Fiza Isma, abang aku Fiza Hafiz dan adik aku Fiza Helmy. Huh… complete set hah adik beradik aku punya nama kan.
Asal usul nama kami yang pelik tu adalah gabungan nama yang diberikan oleh arwah datuk aku dulu. From the story yang mak aku cerita la kan. Nama mak aku plak Patimah n bapak aku plak Zainon. Ntah macam mana datang Fiza pun aku x tau la. Nasib baik x Piza coz my mum nama start with the letter P.hahaha….

Zaman persekolahan aku adalah sesuatu tang amat menyeronokkan bagi aku. Setiap kali kelas mula sessi perkenalan diri akan menyebabkan aku terus dikenali oleh cikgu2 mostly la. Dan nama aku sering diulang sebanyak 2 kali bukannya dorang x dengar tapi pelik kot. Neway seronok gak bila orang suddenly kenal kita ngan cepat because of my unique name. dan yang paling x dapat aku lupa masa aku darjah 6. masa tu semua student standard 6 kena beratur coz kita orang dah nak kena pilih sekolah menengah mana yang nak kita orang pergi. (actually aku x masuk pun sekolah tu. Umpamanya sekolah stand by la). Pas tu dah habis nama dak laki disebut then aku tanay la naper nama aku x da pun.(masa tu laki pompuan asing) dah tu cikgu check2 dia kata ada kat nama dak pompuan dan ustazah yang uruskan tu ingat nama aku Fiza BT Hanif. Wakakaka…. Pelik la ustazah tu main taram jer nama aku….

Dan yang da latest ni plak masa kelas linear algebra lecturer pun nak la kenal student dia disamping nak amik attandence. Sampai jer nama aku dia pun sebut

Dr Ils Sopyan : Fiza Hanif (terdiam jap dalam 2 saat) bin or binti…

Apa lai satu kelas gelak aku pun jerit la dengan separa kuat Bin sir…. Hahaha…. X kisah dah orang nak ejek ker pelik ker ngan nama aku coz aku bangga nama tu la yang selama ini wat orang kenal ngan aku.. malah kawan aku aziz ada mencadangkan agar aku menukar nama pegi angkat sumpah la kononnya… x nak aku. Best aper nama pelik2 ni…
Ok sampai sini dulu posting aku kali ni jumpa lai k…

Wassalam…
Pendukung bayi bervisi….

Cetusan mentalitiku.

Terasa nak kongsi cerita plak ngan korang2 yang rajin baca blog aku ni…
Nak dijadikan cerita hari ahad yang lepas(30052006) aku pergi la Giant ngan my parent + my sis + my anak buah nak beli barang dapur. Itu bukan ceritanya sebenarnya nak cerita bila kita orang masuk ke café, nak makan hal ni bermula. Aku masuk dulu cari tempat duduk sedang asyik mencari mata aku terlirik kat satu meja ni dan kat meja tu ada 4 orang minah islam n melayu (coz aku nampak dorang pakai tudung). Dan aku pun dok perhati la,yang menarik minat aku adalah dorang berkomunikasi dengan cara menggayakan tangan. So apa yang korang dapat simpulkan? Dorang tu bisu la.x tau la itu assumption aku la coz meja aku jauh ngan dorang so jeling2 jer la. Aku pun dok perhati la seronok plak tengok tangan dorang gerak2 wat gaya yang aku pun x paham… bukan macam dalam cerita sin chan ok(gaya toke kedai buku… refer cerita sin chan di kedai buku ok…=) ).

Aku seronok n teringin plak nak blaja bahasa tu. Serius teringin gila. Ntah la kat uia ni x da plak coz sampingan blaja bahasa tu kalo x dah lama aku amik. Pada aku walaupun dorang tu kurang upaya dari satu segi tapi sebenarnya dorang ada satu kelebihan yang lebih dari orang yang sempurna coz dorang ada ilmu yang x ramai orang yang sempurna tau. Ntah la kalo ada peluang memang aku nak blaja. Bila la nak ada peluang tu yek… huh moga2 ada la peluang tu x lama lagi…n sesaper yang tau gaya bahasa tu leh x tolong ajar aku. Tolong la sikit pun jadi la.hehehe…. =)

Ni kisah yang kedua plak bila dah balik tu, aku pun pegi la kedai gunting rambut. X da la ramai orang memandangkan dah malam dalam pukul 805 la. Aku pun tunggu la kat luar kedai tu memandangkan kedai tu kecik n ada la beberapa orang dalam kedai tu yang tgh tunggu anak dorang gunting rambut. X lama pas tu datang la 2 org dak muda baya aku nak moto nak gunting rambut tapi tukang gunting tu kata datang esok je coz dia dah nak tutup. So dorang pun lepak la kat kaki lima dekat ngan kedai tu. Tu ok lagi yang aku terkejutnya tetiba jer sorang mamat tu amik satu botol but dat botol was fully covered by the plastic and yang bleh nampak muncungnya saja. Aku ok lai.tetiba kau pk kenapa mesti botol tu di covered by that plastic. Aku pun x nak la sangka buruk tapi korang pepaham jer la apa yang aku pk kan yer… ntah la kesian plak aku pk balik kat mamat tu kenapa mesti dorang nak rasa sangat benda2 macam tu. Huh… x takut ker azab Allah… huh….

Kat kawsan tempat tinggal aku ni x da la kaya sangat orang2 nya pun tapi semuanya hidup kira sederhana la. Tapi tahap moral n mentality remajanya masih lagi rendah dan tersangat la rendah. Maaf aku x berniat nak kutuk orang atau pun apa tapi itu la hakikatnya. Ntah la… pernah satu masa dulu aku jejalan ngan kengkawan aku naik basikal tetiba kita orang nampak adala 2-3 orang dak lelaki tengah dok lalok kat depan sekolah rendah. Perhati punya perhati rupa2 nya dorang tengah hisap gam. Macam mana aku tau aku tengok dorang tengah pegang plastic yang buat bunmgkus air tu pas tu macam ada lendir2 kuning macam gam. Bila aku tanya kawan aku tu, dia pun cakap dorang tengah hisap gam. Coz dia pernah tengok kawan dia hisap gam gak b4 dat.

Kesian yek dak2 macam ni… huh… kesian dak2 melayu sekarang x per masih ada lai masa tuk dorang berubah… aku harap dorang sedar dan pandang ke depan tuk pk kan masa depan dorang…

K la dah banyak aku bebel ni…. Sekian dulu… semoga dapat kita ambil pengajaran daripada cerita aku kat atas ni…

Sekian dulu…..wassalam….

Pendukung bayi bervisi…